Thursday, November 29, 2012

Malaysia VS Laos

HARIMAU MALAYA MENGAUM KEMBALI !!!!!!!!!!

Pastinya pagi nanti penuh kata2 pujian terhadap pasukan bolasepak kita selepas berjaya membelasah Laos 4-1 mlm tadi.Segala kritikan & kutukan selepas tewas kepada Singapura pastinya akan lenyap.Kepada penyokong tegar rasanya mereka tidak akan ambik kisah segala cerita di dada akhbar kerana itu strategi biasa surat khabar.Menang Di puji Kalah Di Keji..........

Pastinya perlawan menentang Laos nie adalah penentu samada Harimau Malaya boelh bangkit atau layu sepenuhnya.Selepas dikeji & dikutuk oleh segenap lapisan masyarakat pastinya pemain2 Harimau Malaya tidak sabar utk menunjukkan taring mereka.

Pada perlawanan ini K.Rajagobal telah melakukan 4 penukaran dgn meletakkan Farizal Marlias , Mahali Jasuli , Wan Zack Haikal & Syakir Shaari di dlm kesebelasan utama.Peminat pastinya menanti gandingan Safiq Rahim & Syakir Shaari di bahagian Midfield selepas Amar Rohidan diletakkan sebagai pemain simpanan.

Harimau Malaya bermula dgn garang di awal perlawanan dgn matlamat utk mencari gol semangat dan Safiq Rahim berjaya menjaringkan gol hasil tendangan percuma yg menjadi trendmark nya.Laos akhirnya berjaya menjaringan gol selepas sepakan pemainnya yg terkena Aidil menerjah jaring menewaskan Farizal Marlias.

Bermulanya babak kedua K.Rajagobal telah mengeluarkan Azmi Muslim & memasukkan Zubir Azmi utk menguatkan lagi bahagian pertahanan.Serangan demi serangan & akhirnya Malaysia berjaya menjaringan 3 gol lagi hasil jaringan Safee Sali , Wan Zack Haikal & Khyril Muhymeen.

Keseluruhannya Harimau Malaya memang berhak memenangi perlawanan malam tadi.Cuma paastinya masih ade lagi yg perlu dipertingkatkan oleh pemain sebelum menetang Indonesia sabtu nie.Berdasarkan pemerhatian aku tadi aku ingin mengulas prestasi setiap pemain.

Farizal Marlias - Kurang diuji & gol jaringan Laos tidak boleh dipersalahkan kepada dia.

Mahali Jasuli - Menampilkan permainan yg mantap & persefahaman yg jitu bersama Wan Zack Haikal di sebelah kanan.Banyak mengucar kacir kan bahagian pertahanan Laos.

Aidil Zafuan - Persefahaman bersama Fadhli Shas byk melegakan semua pihak.Cuma dia tidak konsisten & perlu meningkatkan lagi permainannya.

Fadhli Shas - Berjaya mengawal benteng pertahanan dgn baik.

Azmi Muslim - Gagal meningkatkan prestasinya & tidak hairanlah dia dikeluarkan selepas tamat babak pertama.Tidak tahu mengapa dia masih lagi menjadi pemain pilihan Rajagobal.

Shakir Shaari - Berjaya menunjukkan kepada Rajagobal bahawa posisi tengah adalah miliknya & bukan milik Amar Rohidan.Berjaya mengawal bahagian tengah dgn jayanya & membuka ruang utk Safiq Rahim.Bagi aku dialah The UNSUNG HERO bg Harimau Malaya.

Safiq Rahim - Masih lagi gagal meningkatkan prestasinya & hanya gol jaringannya sahaja yg menyelamatkan dia dari dikritik lebih hebat.

Wan Zack Haikal - Man Of The Match bg hari ini.Dia membuktikan bahawa dia memang layak utk terus kekal dlm kesebelasan utama Harimau Malaya.

S.Kunalan - Larian seperti lipas kudung & kadang kala hantaran yg merapu disajikan.Tapi keseluruhannya dia bermain agak bagus juga.

MatYo - Mempunyai byk peluang terhidang & gagal menjaringkan gol.Masih lagi tercari-cari rentak terbaiknya.

Safee Sali - Off Form utk Safee mlm nie.Segala2 tidak menjadi.Mujur berjaya menjaringkan satu gol sebelum dikeluarkan.

Zubir Azmi - Membuktikan bahawa bek kiri adalah miliknya.

Khyril Muhymeen - Hanya 2 minit diperlukan utk menjaringan kan gol.Ternyat dia SuperSub terhebat.

Baddrol Bakhtiar - Tidak byk yg boleh diulas kerana masuk pada minit2 akhir perlawanan.

Apa2 pun , Harimau Malaya tidak boleh leka dibuai mimpi kerana perlawanan selepas ini akan menentukan Hidup Mati kita.Ayuh semua rakyat Malaysia kita penuhkan Stadium Bukit Jalil sabtu ini.JANGAN BIARKAN PENONTON INDONESIA MENGUASAI STADIUM KITA @ RUMAH KITA.

SELAMANYA HARIMAU MALAYA !!!!!!




No comments:

Related Posts with Thumbnails