Wednesday, September 29, 2010

Keputusan UEFA Champion League

Champions League Match

FC Basel 1 - 2 Bayern München

AS Roma 2 - 1 CFR 1907 Cluj

Chelsea 2 - 0 Olympique Marseille

AJ Auxerre 0 - 1 Real Madrid

Ajax 1 - 1 AC Milan

Partizan Beograd 1 - 3 Arsenal

Sporting Braga 0 - 3 Shakhtar Donetsk

Spartak Moskva 3 - 0 MSK Zilina

Thursday, September 16, 2010

Keputusan Terkini UEFA Champion League

UEFA Champions League

Bayern München 2 - 0 AS Roma

CFR 1907 Cluj 2 - 1 FC Basel

Olympique Marseille 0 - 1 Spartak Moskva

MSK Zilina 1 - 4 Chelsea

Real Madrid 2 - 0 Ajax

AC Milan 2 - 0 AJ Auxerre

Arsenal 6 - 0 Sporting Braga

Shakhtar Donetsk 1 - 0 Partizan Beograd

Wednesday, September 15, 2010

Keputusan Terkini Piala Malaysia & UEFA Champion League

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2010

Johor FC 1 Kedah 1

Perak 2 ATM 2

Terengganu 1 Pahang 3

Selangor 3 T-Team 1

Perlis 3 Felda United 2

KL 0 Sabah 0

KL Plus 0 PKNS 1

Kelantan 0 Negeri Sembilan 1


UEFA Champions League


FC Twente 2 - 2 Internazionale

Werder Bremen 2 - 2 Tottenham Hotspur

Olympique Lyon 1 - 0 Schalke 04

Benfica 2 - 0 Hapoel Tel Aviv

Manchester United 0 - 0 Rangers

Bursaspor 0 - 4 Valencia CF

FC Barcelona 5 - 1 Panathinaikos

FC København 1 - 0 Rubin Kazan

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI............




Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Maafkan jika ade tersalah kata atau tersalah perbuatan semasa saya menulis di blog ini......

Iklan Raya Petronas




Iklan Raya Petronas......
X brape mengancam sangat mcm tahun2 yg lepas....

Thursday, September 2, 2010

Halal Dan Haram




Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Friday, August 27, 2010

Iklan Merdeka TM



Iklan Merdeka 2010 dari TM........
Kisah tentang 3 sekawan yg menunjukkkan rakyat Malaysia yg berbilang kaum

Sunday, August 22, 2010

Kecelaruan.....................

Dah lama rasenye aku x merepek kat sini.Kesibukan keje yg x tentu arah skrg nie membuatkan eko sistem aku pun jadi x betul.Sekejap naik sekejap turun.X tau lah sampai bila bende nie akan berterusan.Disebabkan benda nie juga kehidupan sosial aku jadi x tentu arah.Nak ajak orang keluar pun aku dah x de masa.Kesihatan aku pun dah jadi x betul.Sekejap ok , sekejap rasa naka demam , sekejap sakit-sakit............Ya Allah bantulah insan mu yg lemah ini..........

Monday, July 5, 2010

Coupe Du Monde 2010






Kejohanan Bolasepak yg terbesar di dunia semakin menghampiri penghujungnya.Berbagai kejutan telah berlaku.Pasukan2 pilihan seperti France dan Itali awal2 dah diterajang balik dlm keadaan yg memalukan.England plak telah dimalukan oleh barisan muda Jerman yg telah menunjukkan cara2 bermain bola dgn betul kepada Gerrard & co.Belanda tlah menunjukkan jln keluar kepada Brazil dan terbaru Argentina plak telah disekolahkan oleh Jerman.Barisan Team Asia plak telah menunjukkan persembahan yg amat bagus.Korea Selatan & Jepun telah meningkatkan imej Asia dan lepas nie x delah team2 dari Eropah kata team2 dari asia nie team ayam ajelah.Klau diikutkan pretasi pasukan skrang bolehlah dikatakan Jerman berpeluang cerah utk menang World Cup taun nie.Klose plak berpeluang tuk jadi penjaring terbanyak di world cup nie dan juga penjaring terbanyak dlm sejarah world cup.World taun nie juga ade penerima anugerah 'TANGAN TUHAN' yg baru iaitu Luis Suarez'.World Cup kali juga bleh dikatakan menjadi badi kpd pemain2 terkenal seperti Rooney , Ronaldo , Drogba ,Canavaro , Ribery , Torres dan juga Messi.kelobat diorang telah ditenggelami oleh pemain2 seperti Mueller , Ozil , Forlan , Robben , Sneijder dan juga Villa.Separuh akhir akan bermula selepas ini dan jangkaan ramai final tahun nie akan melibatkan Belanda vs Jerman/Sepanyol.Dan klau ia melibatkan pertembungan 2 pasukan eropah maka ini akan menjadi satu lagi sejarah buat pasukan eropah kerana selama ini mereka tidak pernah di benua lain selain drpd benua eropah.Jadi mari kite sama2 saksikan pasukan manakah yg akan menjadi JUARA DUNIA.......

Thursday, February 25, 2010

Penunggu Gunung Raya



Satu lagi kisah seram dari Kabir Bhatia.Dibintangi oleh Zizan Nin , Fauziah Ghous , Emelda Rosmila , Sahee .D ,Rosli Sako, Rahhim Omar, Ibu Aida, Atta Imran dan ramai lagi.Drama nie dah ditayangkan bermula 18 Feb 2010 dan akan bersiaran sebanyak 13 episod.
Aku memang dah lama menunggu drama seram dar Khabir Bhatia selepas suksesnya drama Kekasih Ku Seru suatu masa dulu.Daripada episod pertama yg telah ditayangkan minggu lepas dpt aku rasakan drama ini akan menarik perhatian ramai penonton.Apa2 pun kite tunggu dan lihat apa kah kesudahan drama ini.

Untuk sinopsis cerita ini, aku copy dan paste kat bawah ni.

Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing.

Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya.

Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia.

Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir.

Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya.

Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri.

Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan.

Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawsan di Kampung Gunung Raya.

Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya.

Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran).

Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati.

Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut.

Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru.

Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya.

Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan.

Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya?

The Blues Bertambah malang


Agak lama aku x berbicara kat sini.Tapi hari nie aku gagahkan juga walaupun aku sibuk dgn keje aku.Aku hendak berbicara tentang perlawanan pagi tadi di antara Inter Milan & Chelsea.
Perlawanan yg menarik dan penuh dgn aksi2.

Tapi yg malangnya adalah Chelsea mungkin akan kehilangan Petr Cech utk keseluruhan musim ini akibat kecederaan lututnya.Ini yg amat ditakuti Chelsea kerana mereka amat memerlukan penjaga gol ini.

Apalah malang nasib Chelsea yg bertimpa-timpa dirundung malang.Selepas Skandal John Terry & Asley Cole, kini mereka hilang pula Petr Cech.Apa2 pun kite tunggu aje perkembangannya
Related Posts with Thumbnails