Monday, November 26, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012

Malam tadi bermulanya sepak bola AFF Suzuki Cup 2012 di mana Malaysia & Thailand menjadi tuan rumah utk edisi kali ini.Malam tadi juga ramai penyokong pasukan Malaysia memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil dgn membawa berjuta harapan agar Harimau Malaya dpt membaham Sang Singa.

Harapan demi harapan palsu telah diberikan oleh K.Rajagopal kepada peminat Malaysia secara amnya.Dari perlawanan persahabatan hinggalah ke kejohanan sebenar , Harimau Malaya boleh dikatakan beraksi longlai dlm setiap perlawanan.

Sesungguhnya besar harapan peminat Malaysia terhadap skuad kali ini selepas kejayaan mereka pada edisi 2010.Bebanan & tekanan telah diletakkan ke atas bahu pemain & ini membuatkan mereka tertekan sepanjang 90 minit semalam.Peminat di stadium sesungguhnya dpt menyaksikan bagaimana paniknya Rajagobal di sepanjang perlawanan di mana di awal2 permainan lagi beliau telah bangkit & berdiri di tepi padang hingga tamat perlawanan.

Apa sudah jadi dgn kata2 "Saya Belum Panik" , "Saya Kenal Pemain2 Saya".Sesungguhnya perlawanan semalam telah membuktikan yg taktik permainan Malaysia telah dpt dibaca Singapura yg rata2 pemainnya adalah pemain Lion12 yg beraksi di dlm liga super Malaysia.Ditambah lagi dgn kenyataan Shahril Ishak yg mereka tidak takutkan pasukan Malaysia kerana mereka lebih takutkan pasukan Juara Liga Super Malaysia.Dan membuatkan mereka lebih gembira adalah hanya 3 pemain dari skuad Juara berkenaan yg ade di dlm pasukan kebangsaan kita.

Disini cuba kita renungkan kenapa pasukan juara dunia Sepanyol begitu ampuh & kuat.Bukan utk memuja secara berlebihan tetapi cuba kita renungkan.Boleh dikatakan separuh pemain dlm skuad kebangsaan mereka datang dari 2 kelab yg tersohor di Sepanyol , dan kesebelasan utama terdiri dr 2 kelab ini sahaja.Tetapi lain di sini , Rajagobal masih lagi menyandarkan harapan kepada skuad 2010.

Pemilihan pemain juga membuktikan yg jurulatih tidak memilih secara merit @ berdasarkan performance pemain.Pemilihan dilakukan secara membabi buta & bersandarkan kenangan.Dimana pemain2 yg mempamerkan pemainan yg mantap sepanjang musim ini.Semua tidak mendapat tempat kerana ayat "Saya Kenal Pemain Saya" yg menghalang mereka utk dipilih.

Bagi aku pemain yg layak dipilih berdasarkan performance mereka musim ini adalah Piya , Norfarhan , Amri Yahya , Rezal Zambri Yahya , Shahurain Abu Samah , Nurul Azwan Roya.Kuda2 tua seperti Hai-o & Indra Putra masih lagi menunjukkan ketajaman & mereka konsisten sepanjang musim ini.Tapi hak mereka sekali lagi telah dinafikan oleh jurulatih "Yg Paling Berjaya Dalam Sejarah Bolasepak Malaysia".

Bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia & penyokong Harimau Malaya , marilah kita sama2 bangkit dan memenuhi stadium pada hari Rabu ini.Ayuh kita tunaikan tanggungjawab kita & memberikan sokongan yg tidak berbelah bagi kepada Harimau Malaya kita.Masih ada 2 perlawanan lagi sebelum kita memikirkan apakah yg kita perlu lakukan selepas ini......

AYUH BANGKITLAH HARIMAU MALAYA!!!!!!!!






No comments:

Related Posts with Thumbnails