Tuesday, October 21, 2008

Hidup Ini Memang @#$*& , Tapi Esok Masih Ada

Klise sungguh tajuk aku nie.Lama sudah rasanya aku x coretkan perkataan kat sini.Bukan malas tapi x de masa.Sibuk mengalahkan menteri.Yelah banyak perkara yg terjadi kat aku tahun nie.Lepas satu-satu.Mungkin nie dugaan dariNYA.Lepas aku keluar hospital nie , rasanya aku makin sihat kot.Yelah x delah makanan dan minuman yg sebarangan yg boleh dimakan dan diminum walaupun raya aritu aku langgar jugak pantang.Telan ape yg ade di depan mata.Kat umah skrang nie pun mak aku control aku punye makan.Cukuplah pasal makan tu.
Skrang aku nak crite pasal hidup aku skrang.Lepas aku balik bekerja , aku ditukarkan ke tempat asal aku.Kiranye back to basiclah.Alasannya sebab aku yg paling senior dan kena tunjuk ajar bebudak baru.X kisahlah ape alasan diorang.Dulu memang frust kejap tapi skrang tidak lagi.Sebabnya aku makin dekat dengan seseorang.Seseorang yg aku suka.Kiranya klau x nampak muka dia sehari boleh jadi gila jap aku.Aku pun x tahu kenapa aku obses sangat dgn 'S' nie.Nak kata aku ngan dia rapat x jugak.Sekadar kenal gitu2 aje.Tapi aku dah jadi gila bayang.
Tapi mcm biasalah aku , bila bab perempuan nie aku fail teruk.Penakut nak berhadapan ngan dia.Yg bleh aku buat hanya memandang dia dari jauh.Memang tipikal aku.Bukan ape tapi disebabkan fobia kenangan lama yg membuatkan aku x begitu brani dan yakin bila berhadapan ngan perempuan.

Monday, June 23, 2008

Kehilangan..............................Kesepian

Kehilangan.................Sesuatu perkara yg tidak dijangkakan.Kesepian..............................adalah suatu penyeksaan secara batin.Kedua-duanya berkait rapat.Apabila kita kehilangan kita akan kesepian...........Inilah kehidupan yang harus ditempuhi.Setiap detik dan saat rasanya terlalu lambat untuk berlalu.Mungkin kah ini noktah bagi kehidupan ini.Kehidupan yang tiada penghujungnya.Berserah dan bertawakal.Itu sahaja pilihan yang tinggal.Sama-samalah kita nantikan kesudahannya...........................AMIN.

Thursday, June 5, 2008

Tikaman Senyap

Satu lagi hari yg mencabar berlalu.Ditikam dari belakang adalah satu bentuk penyeksaan yg amat dalam.Tanpa disedari orang yg rapat dgn kita akan melakukannya.Inilah dia pentas kehidupan.Tanpa kita sedari berbagai macam perkara yg boleh berlaku.Hanya satu yg boleh kita lakukan , bertawakal dan menyerah kepada Allah S.W.T.Hanya kepada-Nya kita memohon agar dijauhkan dari perkara2 yg buruk.AMIN.

Pentas Kehidupan

Sungguh mengejutkan.Tanpa sebarang amaran atau signal harga minyak dinaikkan.Walaupun diberi pulangan wang tunai tapi ia tak mencukupi.Kemudian menyuruh rakyat mengubah cara hidup.Sepatutnya mereka yg mengubah cara hidup mereka demi rakyat.Pembohongan demi pembohongan dilakukan tapi ada yg masih tidak sedar.Masih menyanjung mereka , kononnya berkhidmat utk rakyat tapi duit rakyat yg kebasnya.Ayuh semua mari kita bangkit lakukan sesuatu agar kita tidak ditindas lagi.Ayuh semua rakyat Malaysia , kita lakukan demi hak kita.Jangan biarkan mereka menindas dan memijak kepala kita demi kesenangan mereka.
Related Posts with Thumbnails