Friday, October 5, 2012

29 February

Baru je lepas layan filem 29 February lakonan Remy Ishak & Jojo Tan.Filem nie diarahkan oleh Edry Abdul Halim @ Edry KRU.Filem nie juga mencatat sejarah sebagai filem pertama Malaysia yg ditayangkan secara 3D.Syabas buat KRU.

Filem nie mengisahkan tentang Budi (Remay Ishak) yg dilahirkan pada 29 February.Secara lahiriahnya umur Budi hanya akan berganjak setiap 4 tahun.Jadi bayangkanlah Budi yg lahir pada tahun 1896 hidup sehingga tahun 2012.116 tahun umur Budi hidup tetapi fizikalnya seperti org yg berumur 29.Dari tahun 1896 Budi telah melalui zaman-zaman seperti penjajahan British , Pendudukan Jepun , Peristiwa Kemerdekaan , Darurat sehinggalah ke zaman yang serba maju ini.

Filem ini juga mengisahkan percintaan Budi dgn Lily (Jojo Tan).Percintaan yg melangkaui batas waktu & zaman.Sejujurnya aku rasa Remy Ishak telah memberikan lakonan yg mantap dlm filem ini.Lakonan Jojo Tan juga bagus walaupun ini kali pertama dia berlakon.Dalam filem ini juga korang dapat menyaksikan buat kali pertama Remy Ishak menyumbangkan suaranya utk lagu Kelip-Kelip.Syabas utk KRU kerana berjaya menghasilkan filem yg berkualiti.Bagi sesiapa yg terlepas utk menonton di pawagam hari tue mcm aku nie, jangan risau sebab anda semua boleh melanggan Astro First atau pun pergi je ke kedai Speddy video pastu belilah DVD cerita ini.............

Sebelum berundur layanlah Trailer filem nie........Adios Amigos Hancusssss!!!!!!!!!



Related Posts with Thumbnails